Penggunaan moden Jeneral_Tentera_Darat

Tiada pegawai yang pernah dilantik ke pangkat Jeneral Tentera Darat sejak Omar Bradley.[20] Pangkat Jeneral Tentera Darat masih dipelihara sebagai pangkat tentera A.S., dan sekali lagi boleh dikurniakan, terutamanya semasa perang besar, bergantung pada kelulusan Senat Amerika Syarikat. Dasar ketenteraan Amerika Syarikat sejak penciptaan bintang kelima dalam Perang Dunia II boleh dikurniakan hanya apabila panglima tentera A.S. mesti setaraf atau berpangkat lebih tinggi daripada panglima tentera negara lain yang berada dibawah kawalannya.[21] Namun, Presiden, dengan kelulusan dari Senat, boleh mengurniakan bintang kelima pada bila-bila masa yang dianggap wajar.[22][23]

Walaupun Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama (CJCS) yang pertama, Omar Bradley, akhirnya dikurniakan bintang kelima, kenaikkan pangkat tersebut tidak datang dengan jawatan itu; kenaikkan Bradley adalah langkah politik supaya beliau tidak direndahkan oleh orang bawahannya, Douglas MacArthur.[24][25]

Pada hujung tahun 1990an, terdapat cadangan dalam kalangan ahli akademik Jabatan Pertahanan untuk memberikan pangkat lima bintang pada jawatan Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama.[26][27][28]

Selepas berakhirnya Perang Teluk, tetapi sebelum tempoh memegang jawatan sebagai Setiausaha Negara, terdapat cakap-cakap untuk memberi bintang kelima kepada Jeneral Colin Powell, yang telah berkhidmat sebagai CJCS semasa konflik itu. Walaupun menghadapi tekanan awam dan Kongres untuk berbuat demikian,[22][29] kakitangan pasukan peralihan presiden Clinton menentangnya atas alasan politik, takut kerana pengaruh bintang kelima akan membantu Powell jika beliau mahu bertanding jawatan presiden.[23][30][31] Satu usaha juga dibuat untuk menaikkan pangkat Jeneral Norman Schwarzkopf Jr. ke Jeneral Tentera Darat, namun ia tidak dilaksanakan.[32]

Seawal tahun 2000an, beberapa pengulas mencadangkan pemimpin tentera dalam Perang Global terhadap Pengganas dinaikkan ke pangkat lima bintang.[33] Pada Januari 2011, para pengasas kelompok sokongan politik Vets for Freedom menerbitkan satu siaran editor dalam Wall Street Journal menyeru Jeneral David Petraeus agar dikurniakan bintang kelima sebagai mengiktiraf kerja dan kepentingan misinya.[34] Sebelum itu, pada Julai 2010, D.B. Grady menulis satu artikel dalam The Atlantic menyokong kenaikkan pangkat yang sama.[35]

Rujukan

WikiPedia: Jeneral_Tentera_Darat http://usmilitary.about.com/library/milinfo/armyor... http://articles.baltimoresun.com/1991-03-28/news/1... http://www.presidency.ucsb.edu/ws/index.php?pid=85... http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/STATUTE-75/pdf/STATUT... http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/STATUTE-90/pdf/STATUT... http://www.history.army.mil/faq/faq-5star.htm http://www.history.army.mil/html/faq/5star.html http://www.army.mil/usapa/epubs/pdf/r600_20.pdf http://handle.dtic.mil/100.2/ADA328220 http://handle.dtic.mil/100.2/ADA378445